Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diiringi timbalannya Datuk Ir Amiruddin Hamzah (kiri) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir (kanan) membawa beg berisi teks ucapan Bajet 2019 yang akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melahirkan rasa bangga ketika melangkah keluar dari Kementerian Kewangan di sini hari ini untuk membentangkan Belanjawan 2019 di bangunan Parlimen, petang ini.

Guan Eng juga berbangga apabila beliau satu-satunya pemimpin DAP berbangsa Cina yang diberi amanah untuk membentang rancangan ekonomi negara setelah Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya sejak 9 Mei lalu.

“Saya rasa sangat berbangga, jumpa anda di Parlimen nanti,” katanya kepada pemberita sebelum melangkah masuk ke kenderaan rasmi kerajaan, di lobi Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.

Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP hari ini akan membentangkan Belanjawan 2019 kerajaan baharu kali pertama oleh bukan Perdana Menteri seperti kebiasaan sebelum ini. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan