KUALA LUMPUR – Pelakon filem Paskal, Hairul Azreen mengumumkan isterinya Hanis Zalikha kini sedang hamil anak kedua mereka.

Hairul Azreen Idris, 30, berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagramnya.

“Alhamdulillah… Insya-Allah, Yusuf Iskandar bakal dapat adik! Rezeki milik Allah. Terima Kasih Allah,” tulisnya yang kini sedang bercuti bersama keluarga di Tokyo, Jepun.

Hairul berkahwin dengan aktres Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan cahaya mata bernama Yusof Iskandar pada 3 Jun 2016.

Antara artis yang turut teruja dengan berita gembira itu ialah Janna Nick, Gambit Saifullah, Nad Zainal, Mira Filzah, Uqasha Senrose dan Siti Elizad.-MalaysiaGazette