Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 03 NOVEMBER 2018.
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PUTRAJAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai maklumat mengenai calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang didakwa dipukul di Sabah hari ini.

Beliau berada di Mesyuarat Jawatankuasa Pakatan Harapan (PH) hari ini dan tidak dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Saya tidak tahu, saya di sini (Mesyuarat Jawatankuasa PH),” katanya di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) bersama-sama Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Rafizi mendakwa diserang dan dipukul di bahagian kepada oleh seorang lelaki ketika hadir meninjau proses pemilihan parti di Cabang Keningau petang ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4 petang dan turut disaksikan oleh orang ramai serta anggota polis yang berkawal.

Rafizi bagaimanapun memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan. -MalaysiaGazette

Rafizi kena serang di Sabah