Sawarak state election government assembly Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari Tun Openg

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan Belanjawan 2019 dengan peruntukan untuk Sarawak berjumlah RM 4.3 bilion tidak begitu terperinci.

Beliau menganggarkan jumlah itu adalah untuk pembinaan lebuh raya Pan Borneo sahaja memandangkan butiran yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terlalu umum.

“Kita berterima kasih dengan belanjawan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan semalam tetapi tidak ada butiran terperinci, beliau tidak ada menyatakan tentang peruntukan untuk sekolah dan projek pembangunan luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Wanita 2018 di Pusat Konvensyen Penview di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, beliau pernah menulis surat terbuka kepada Guan Eng mengenai peruntukan pendidikan di negeri ini di samping menawarkan pinjaman sebanyak RM1 bilion kepada Kerajaan Pusat.

Namun sehingga sekarang Kerajaan Negeri masih belum mendapat jawapan dan maklum balas daripada beliau. – MalaysiaGazette