Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong.

KUALA LUMPUR – Hanya tinggal hanya sehari sahaja lagi bagi pemilihan MCA yang sekaligus menjadi penentu hala tuju parti masyarakat Cina itu dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Namun yang terus menjadi persoalan dan spekulasi sehingga segelintir perwakilan dan serta ahli apakah sebenarnya yang akan terjadi kepada parti masyarakat Cina itu? Adakah MCA akan keluar BN atau kekal.

Dalam pada itu, satu lagi persoalan menarik yang dilontarkan oleh salah seorang calon bagi jawatan presiden, Gan Ping Sieu pada saat-saat akhir hari pengundian adalah pendirian oleh Timbalan Presiden MCA sekarang, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Ka Siong yang juga akan bertanding bagi merebut jawatan nombor satu MCA itu selama ini hanya bertegas untuk membiarkan 2,500 perwakilan untuk menentukan nasib serta hala tuju parti berkenaan.

Keadaan itu berbeza dengan Ping Sieu yang berkeras untuk membawa keluar MCA dari BN kerana  kerjasama antara UMNO dan Pas bertentangan dengan semangat gabungan BN selama ini.

“Benar, Ka Siong telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak membuat keputusan tentang perkara ini sebaliknya membiarkan sahaja perwakilan membuat keputusan.

“Soalan saya mudah, apakah sebenarnya pendirian peribadi anda tentang perkara ini? Anda bakal mengemudi parti ini seandainya menang, soal perwakilan kita biarkan dulu. Sehingga kini tidak pula kita dengar pengakuan atau pendirian beliau tentang UMNO dan BN.

“Apakah sebenarnya pandangan beliau sama seperti kami yang lain, rata-rata ahli serta masyarakat Cina yang menolak kerjasama antara MCA dan UMNO? Mengapa beliau hanya mendiamkan diri, kita mahu tahu,” katanya pada sidang media hari ini.

MGF03112018_PC CALON PRESIDEN MCA05
Calon Presiden MCA, Gan Ping Sieu pada sidang media mengenai perkembangan terkini pemilihan parti tersebut di Bangsar South, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 03 NOVEMBER 2018.

Ping Sieu bakal bergandingan dengan Timbalan Pengerusi MCA Johor, Datuk Tee Siew Kiong merebut jawatan presiden dan timbalan presiden esok.

Kedua-dua mereka akan ditentang oleh Ka Siong yang juga merupakan calon tunggal parti yang memiliki kerusi Parlimen Ayer Hitam serta berganding dengan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon yang bertanding bagi jawatan kedua tertinggi parti itu.

Kata Ping Sieu juga merupakan Ketua MCA Bahagian Kluang yang sebenarnya akan bertanding jawatan presiden buat kali kedua setelah tewas kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai pada pemilihan tahun 2013 berkata, prinsip BN sudah jelas ‘terpesong’ sejak UMNO  bekerjasama dengan Pas.

“Kita bukan menolak BN atau lupa kepada semangat setiakawan yang selama berpuluh tahun terjalin utuh selama ini. Tetapi pada masa yang sama perlu mengingatkan BN kini prinsipnya seolah-olah sudah lari dari landasan.

“Hala tuju BN sudah tidak selari dengan prinsip perjuangan kita selama ini, kesederhanaan dengan kepelbagaian kaum, UMNO kini sudah menjalinkan kerjasama dengan Pas yang merupakan parti autokratik dan radikal. Kita tidak boleh terima itu,” tegasnya.

Dalam pada itu, Ping Sieu juga juga mengumukan seandainya beliau dan Siew Keong menang merebut jawatan masing-masing, sudah menjadi hasratnya untuk melantik Ka Siong sebagai Setiausaha Agung MCA.

“Beliau sangat berpengalaman dalam parti ini, sudah tentu kita perlukan khidmat beliau untuk mengemudi dan membantu mengembalikan kegemilangan MCA kelak, saya sememangnya mahu beliau terus memimpin,” ujarnya.

Sebelum ini Presiden MCA, Tiong Lai mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan pada pemilihan parti itu kerana mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan MCA dalam PRU-14. –MalaysiaGazette