Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – “Kita kalah kerana 1MDB”.

Itu jawapan pendek bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin Abu Bakar  dalam twitternya mengenai punca kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14 lalu.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini yang mendakwa punca kekalahan BN disebabkan rasuah, fitnah dan janji palsu Pakatan Harapan (PH).

Najib dalam satu majlis pertemuan dengan para pengikut media sosialnya di Pusat Dagangan Putra Kuala Lumpur hari ini mendakwa UMNO dan BN tidak mempunyai sebarang kesalahan yang boleh dijadikan punca kekalahan PRU-14.- MalaysiaGazette