Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Tindakan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin Abu Bakar yang mendakwa kekalahan Barisan Nasional (BN) kerana isu 1MDB diselar.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menganggap Ahli Parlimen Rembau itu meroyan dan datang bulan.

“Saya tidak pasti dia (KJ) meroyan atau datang bulan tapi apa yang pasti, jika beliau meneruskan sikap menunding jari secara berterusan, saya rasa beliau boleh berhenti bermimpi untuk menjadi Presiden UMNO.

Sepatutnya, selaku bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy kena menilai sama ada aktiviti menjadi model sambilan di Majalah Maskulin, hobi berselfie dan kepakaran memilih warna stokin yang betul telah berjaya menarik minat orang muda untuk menyokong BN.

“Kita masuk bertanding sebagai satu pasukan, adalah sangat tidak bertanggungjawab sebagai seorang ketua pemuda, kita menunding jari kepada presiden parti seorang setelah kalah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Lokman merujuk kepada jawapan balas Khairy kepada kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa kekalahan BN disebabkan fitnah dan penipuan PH sebelum PRU-14.

Bagaimanapun, Khairy menjawab kekalahan BN disebabkan isu 1MDB semata-mata.

Justeru, Lokman berkata, sebagai yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dan dikatakan bijak kerana merupakan graduan Oxford sepatutnya mengambil pendekatan cuba memahami isu 1MDB dan GST.

“Kedua-dua isu ekonomi yang sangat kompleks itu memang menyumbang kepada kecelaruan rakyat dan mengakibatkan kita kehilangan undi dalam pilihan raya lalu namun, apa yang mengecewakan saya, Khairy langsung tidak melihatkan sumbangannya dalam usaha memperjelaskan dua isu berkenaan,” soalnya.

“Menunding jari memang mudah tetapi jika Najib mempunyai ketua pemuda yang proaktif dan bersungguh-sungguh memainkan peranan dalam menangkis fitnah pembangkang dan mempertahankan dasar dan polisi kerajaannya, sudah pasti kita akan dapat meraih lagi 33 kerusi untuk memerintah semula.

“Saya masih ingat, sebaik sahaja Najib mengistiharkan BN telah kalah, saya telah pergi ke rumah beliau untuk memohon maaf di atas kegagalan saya mempertahankan presiden saya dari fitnah pihak musuh tapi saya tidak boleh fikir, bagaimana seorang menteri kabinet dan ketua pemuda parti yang menjadi tunjang pemerintahan negara ini boleh pergi ke rumah presiden pada malam kita kalah, menuntut supaya presiden meletakkan jawatan.

“Adakah Khairy sudah lupa bahawa Tun Mahathir Mohamad mula marah kepada Najib kerana kedegilan beliau melantik Khairy, orang yang dibenci Mahathir dan pesaing Mukhriz, sebagai Menteri Belia dan Sukan?” soal Lokman lagi.- MalaysiaGazette

 

Kita kalah kerana 1MDB, kata KJ

Tinggalkan Jawapan