Pemilihan Cabang PKR Keningau hari ini kecoh apabila penyokong seorang calon yang bertanding jawatan Ketua Cabang itu bertindak menceroboh pusat pemilihan selepas pusat berkenaan ditutup pada 4 petang tadi.
Pemilihan Cabang PKR Keningau hari ini kecoh apabila penyokong seorang calon yang bertanding jawatan Ketua Cabang itu bertindak menceroboh pusat pemilihan selepas pusat berkenaan ditutup pada 4 petang tadi.

KENINGAU – Pemilihan Cabang PKR Keningau hari ini kecoh apabila penyokong seorang calon yang bertanding jawatan Ketua Cabang itu bertindak menceroboh pusat pemilihan selepas pusat berkenaan ditutup pada 4 petang tadi.

Difahamkan, kumpulan berkenaan tidak berpuas hati apabila proses pengundian di Balai Raya Kampung Marampong itu ditutup walaupun masih ramai anggota parti yang belum mengundi.

Dalam kejadian tersebut, kumpulan yang tidak berpuas hati itu bertindak memecahkan pintu dan dinding balai raya berkenaan, selain mereka juga membaling kerusi dalam pusat pengundian itu.

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba untuk meleraikan kekecohan tersebut.

Tiada kecederaan dilaporkan berikutan kekecohan selama 15 minit itu, namun banyak kerusi rosak selain kerosakan teruk pada pintu balai raya berkenaan.

Calon yang bertanding untuk Ketua Cabang PKR Keningau terdiri daripada Johari Tahir (penyandang jawatan), Datuk Dr Sangkar Rasam dan Haslina Abin Kassim.

Difahamkan, terdapat 6,000 pengundi bagi pemilihan parti itu di Keningau, namun hanya 30 peratus yang keluar mengundi.

Ketika berita ini ditulis, pasukan keselamatan masih berkawal di kawasan balai raya, sementara ramai pengundi sudah meninggalkan tempat tersebut.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan