KUALA LUMPUR Ringgit dijangka didagangkan dalam jajaran kecil berbanding dolar US minggu depan, dipengaruhi oleh faktor luaran, kata seorang peniaga.

Ketua Global Strategi Mata Wang dan Penyelidik Pasaran FXTM, Jameel Ahmad, berkata pilihan raya pertengahan di Amerika Syarikat minggu depan dilihat sebagai ancaman penting kepada mata wang pasaran baru muncul, termasuk ringgit.

“Anda boleh meramalkan perisitiwa politik pada zaman moden tetapi peluang yang kukuh untuk ringgit meningkat berbanding dolar US pada tempoh akan datang adalah untuk dolar dijual dengan banyak oleh pelabur pada pilihan raya berkenaan.

“Faktor peningkatan dolar US bukanlah sesuatu yang boleh diketepikan dari jadualnya. Ia juga menunjukkan risiko paling ketara untuk potensi pulangan tahap 4.20 dalam USD/MYR,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit didagangkan tinggi berbanding dolar US

Asas Jumaat ke Jumaat, ringgit mengukuh kepada 4.1600/1650 berbanding dolar US daripada 4.1730/1770 minggu lepas.

Berbanding beberapa mata wang utama, ringgit bagaimanapun didagangkan kebanyak rendah.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0321/0362 daripada 3.0154/0189 Jumaat lepas, tetapi berbanding yen Jepun, ringgit meningkat kepada 3.6889/6940 daripada 3.7282/7321.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.4196/4266 daripada 5.3419/3495 dan lemah berbanding euro kepada 4.7582/7643 daripada 4.7384/7438 Jumaat lepas. – MalaysiaGazette