Jorge Martin.

Pelumba pasukan del Conca Gresini Moto3 itu pantas mencecah garisan penamat dengan catatan terpantas 38 minit 34.799 saat untuk bergelar juara dunia dengan 240 mata keseluruhan.

Pada perlumbaan dalam cuaca mendung itu menyaksikan Lorenzo Dalla Porta dari Leopard Racing menduduki tempat kedua setelah ketinggalan 3.556s di belakang Martin, diikuti rakan sepasukan Enea Bastianini ketiga (+3.757s).

Sementara itu, pelumba negara Adam Norrodin dari Petronas Sprinta Racing berada di kedudukan ke-23 yang juga terakhir setelah menamatkan saingan 1:37.387s di belakang juara dunia tersebut. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan