Singapore Airlines (SIA)
Singapore Airlines (SIA)

SINGAPURA – Pesawat penumpang Singapore Airlines (SIA) yang dalam penerbangan sulung dari Los Angeles ke republik ini terpaksa berpatah balik selepas menghadapi masalah bacaan minyak enjin.

Penerbangan SQ37 yang menggunakan pesawat Airbus, A350-900ULR itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada pukul 2.24 petang semalam namun berpatah balik dan mendarat kira-kira 40 minit kemudian.

Jurucakap SIA berkata, juruterbang membuat keputusan itu ketika berada di ruang udara Lautan Pasifik selepas mendapati bacaan meter minyak menghadapi masalah.

“Setelah pemeriksaan dilakukan jurutera bertugas, SQ37 disahkan boleh terbang semula.

“Ia berlepas semula bersama 141 penumpang beberapa jam kemudian,” katanya.

SIA merupakan syarikat penerbangan pertama di dunia menggunakan pesawat Airbus A350-900ULR yang mampu melakukan perjalanan panjang tanpa henti selama 20 jam. – MalaysiaGazette