SEOUL – Seorang remaja perempuan yang terperangkap dalam mesin basuh berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.

Kejadian itu berlaku di sebuah kedai dobi layan diri di Busan.

Menurut polis, remaja itu telah memasuki mesin itu selepas rakannya berjanji untuk membelikannya makanan jika dia berjaya membuat tindakan berani.

Rakannya cuba membuka pintu mesin berkenaan tetapi gagal.

Selepas menerima laporan, bomba tiba dan menyelamat remaja yang telah mengalami kesukaran bernafas. – MalaysiaGazette