Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Sehingga jam 6 petang ini, penyandang jawatan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabarnya, Rafizi Ramli dengan majoriti 1,243 undi.

Mengikut keputusan tidak rasmi bagi pusingan kedua pemilihan PKR Sabah hari ini, Mohamed Azmin mendapat 2,895 undi, manakala Rafizi 1,994 undi.

Bagi keputusan tidak rasmi pemilihan pusingan pertama semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu mendapat 5,115 undi, manakala bekas Ahli Parlimen Pandan mengikut rapat dengan memperoleh 4,773 undi.

Setakat ini, 21 daripada 25 cabang sudah dikeluarkan keputusannya, manakala empat cabang lagi masih dalam perkiraan, termasuk satu cabang iaitu Kenimgau terpaksa dibatalkan berikutan masalah teknikal.

Berikut adalah keputusan bagi 21 cabang di Sabah;

Cabang Libaran (Azmin (AA) 163, Rafizi (RR) 31), Sandakan (AA 157, RR 18), Kota Kinabalu (AA 120, RR 440), Kalabakan (AA 490, RR 175), Sepanggar (AA 611, RR 422), Beaufort (AA 616, RR 594), Sipitang (AA 273, RR 431).

Cabang Batu Sapi (AA 261, RR 283), Tuaran (AA 224, RR 242), Keningau (dibatalkan), Tawau (AA 1,393, RR 848), Kota Marudu (AA 807, RR 1,286).

Dalam pemilihan pusingan kedua hari ini, cabang Beluran (AA 128, RR 10), Putatan (AA 383, RR 199), Kudat (AA 831, RR 456), Kimanis (AA 135, RR 316), Papar (AA 374, RR 215), Penampang (AA 75, RR 207), Silam (AA 669, RR 236) dan Semporna (AA 300, RR 355). – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan