Pemilihan MCA
Ketua Pemuda MCA yang baharu Wong Siaw Ting

KUALA LUMPUR – Nicole Wong Siaw Ting dipilih sebagai ketua Pemuda MCA bagi penggal 2018-2021.

Ini menjadikan beliau wanita pertama menyandang jawatan itu dalam parti tersebut.

Wong yang sebelum ini merupakan naib ketua Pemuda MCA memperoleh 136 undi, mengalahkan pesaingnya Ng Kiam Nam yang meraih 82 undi.

Jawatan itu walaubagaimanapun tidak dipertahankan oleh Datuk Chong Sin Woon yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan.

Bercakap kepada pemberita selepas keputusan diumumkan, Wong berkata, fokus utama sayap itu ialah mengambil tahu perkembangan akar umbi memandangkan parti tersebut kini terlalu jauh dari masyarakat dan rakyat.

Sementara itu, jawatan Timbalan ketua Pemuda pula dimenangi Tan Chee Hiong yang menerima 146 undi, berbanding 72 undi yang diraih Naib Pengerusi Pemuda Johor Kang Chong Nge.-MalaysiaGazette