KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corp) kini adalah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Agensi itu berada di bawah bidang kuasa Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim sejak 2005.

Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp Dr Mohd Shuhaizam Mohd Zain berkata, ,pertukaran ke MOA akan membolehkan agensi itu memperbaharui tumpuannya dalam merangsang ekonomi yang dinamik, inovatif dan berkembang melalui peluang yang lebih luas dalam sektor pertanian.

“Pertukaran itu juga dijangka memudahkan kerjasama lebih rapat dan langsung dengan penggiat industri dalam industri berasaskan bio.

“Mengikut kajian pemetaan kami, 77 peratus daripada industri berasaskan bio di Malaysia adalah dalam sektor pertanian, menjadikan perpindahan kami ke MOA sebagai satu proses kemajuan yang biasa bagi Bioeconomy Corp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shuhaizam berkata Bioeconomy Corp akan meneruskan peranannya dalam memudahkan pembangunan industri bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia melalui sektor pertanian, perindustrian dan penjagaan kesihatan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan