Imej pocong yang dkononnya dikesan di Hospital Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Jin boleh menyerupai apa sahaja selain Nabi Muhammad SAW, kata Tengku Asmawi Tuan Umar.

“Ada pun jika jin berkenaan yang ingin mengganggu manusia menyerupai ambulan,ayam KFC,tiang letrik maka apalah faedah menyerupai bentuk sedemikian kerana bentuk berkenaan semestinya tidak ditakuti oleh manusia,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Asmawi yang juga ahli perubatan Islam itu merujuk kepada sekeping foto kononnya hantu pocong di sebuah garaj ambulan dipercayai di Hospital Teluk Intan, Perak.

Foto dihantar oleh netizen kepadanya mahu Penasihat Media Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia itu mengulas mengenainya baru-baru ini.

Tuan Asmawi Tuan Umar
Tuan Asmawi Tuan Umar

“Ulasan ambo (saya) hanya ringkas, tiada apa yang pelik dalam penampakan dan penjelmaan makhluk-makhluk halus yang didominasi oleh jin. Sebab makhluk jin boleh menyerupai dalam bentuk apa pun kecuali rupa paras Nabi Muhammad SAW.

“Cuma yang biasa ditakuti oleh ramai manusia adalah dalam bentuk hantu pocong atau hantu kubur atau apa-apa saja penamaan jenis hantu yang berasal daripada jin,” ujarnya lagi.

Apa pun, menurut Tengku Asmawi, berdasarkan pengalamannya, penampakan jin dalam bentuk demikian boleh disimpulkan bahawa makhluk berkenaan telah berada pada titik yang paling lemah dan mudah dikawal oleh manusia kerana mereka telah terlepas dan tertembus masuk ke alam nyata.

“Oleh yang demikian,dengan kalimah ta’awuz sahaja pun ianya mampu untuk mengatasi masalah tersebut. Inilah persoalan susun atur minda perlu diperbetulkan dan kita tidak perlu berasa takut kerana mereka yang telah dijamin untuk tidak akan mampan jika manusia menyakini kebesaran Allah SWT,” katanya.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan