Kediaman yang tenggelam selepas air sungai melimpah di Sicily. foto Reuters

SICILY – Dua keluarga terkorban di Itali selepas air sungai melimpah dan menenggelamkan kediaman di bandar ini.

Sembilan orang mati dalam kejadian itu di Casteldaccia pada Sabtu lalu.

Mereka yang meninggal dunia terdiri daripada kanak-kanak berusia setahun, lima dan 15 tahun, tiga wanita dan seorang lelaki dewasa serta dua warga emas.

Semasa kejadian, 12 orang dari dua keluarga berkumpul bersama apabila air sungai Milicia secara tiba-tiba melimpah dan merempuh kediaman.

Namun tiga daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

Seorang bapa dan anak perempuan telah keluar pada masa itu. Seorang lagi lelaki dewasa pula sempat memanjat pokok.

Dalam kejadian berasingan, tiga lagi maut selepas kereta mereka dihanyutkan di pulau selatan.

kabel
Tiang kabel elektrik bengkok selepas taufan. melanda Itali.foto EPA

Hari hujan lebat dan angin telah menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang di Itali, terutamanya di utara dan barat meninggal dunia.

Antara kerosakan yang paling teruk ialah jalan raya di sekitar Belluno di rantau Veneto utara, selepas ribut.

Enam lagi wilayah masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga – dari Veneto ke Sicily dan Sardina di selatan. – MalaysiaGazette