Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kekukuhan ekonomi negara bersandarkan kepada lapan faktor iaitu pertumbuhan yang mantap dan stabil.

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mempunyai imbangan kira-kira yang kukuh, kedudukan tunai bersih yang besar dan kecairan yang mencukupi untuk menyediakan kecairan yang mencukupi bagi membayar dividen sekaligus sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan.

S & P Global Ratings berkata, syarikat minyak milik negara itu memiliki aliran tunai yang kukuh.

Malah, Petronas boleh menyerap aliran tunai sebanyak RM40 bilion untuk dua tahun jika berlaku gangguan kepada pendapatannya.

“Dengan mengambil kira tiada perubahan kepada pelan pelaburan syarikat, ia membayangkan tambahan satu kali dividen tambahan sebanyak RM40 bilion hingga RM50 bilion, di samping dividen tetap dan luar biasa dalam Belanjawan 2019,” katanya.

“Kami percaya tempoh harga minyak yang lebih tinggi dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang , bakal menterjemahkan dividen yang lebih tinggi dari Petronas – dan berpotensi tambahan satu kali dividen kepada kerajaan,” katanya.

Agensi penarafan itu berkata, Petronas boleh membiayai dividen itu, memberi tunai dan bersamaan jangka pendek hampir RM180 bilion setakat 30 Jun lalu, hutang yang bukan keutamaan kira-kira RM66.3 bilion setakat 30 Jun 2018 dan kedudukan tunai bersih hampir RM114 bilion sehingga 30 Jun 2018 dan aliran tunai operasi yang teguh.

S&P berkata, dividen luar biasa sebanyak RM30 bilion akan mengimbangi aliran masuk hampir RM30 bilion syarikat yang diterima selepas penyelesaian urus niaga dengan pengeluar minyak dan gas Arab Saudi, Saudi Aramco pada suku pertama 2018.

Ia mensasarkan Petronas akan kekal dalam kedudukan tunai bersih pada 2019 dan bergantung kepada kadar pengeluaran perbelanjaan modal termasuk pada tahun 2020.

“Ini menyokong profil kredit ‘aa’ yang berdiri sendiri dalam syarikat itu. Pada masa ini, kami mengunjurkan aliran tunai operasi sekurang-kurangnya RM80 bilion pada 2019 di tengah-tengah harga hidrokarbon yang lebih tinggi.

“Ini mencukupi untuk membiayai perbelanjaan modal yang kami ramalkan kira-kira RM55 bilion dan dividen tetap kepada kerajaan dan kepentingan minoriti yang dianggarkan pada kira-kira RM25 bilion.

“Dividen istimewa ini tidak menjejaskan kecairan Petronas. Petronas mempunyai kematangan hutang jangka pendek minimum kira-kira RM11.5 bilion pada 30 Jun 2018 atau kurang daripada 10 peratus baki tunai,” kata S&P. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan