Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ketika keluar selepas mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. foto MALAYSIA GAZETTE, 05 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini.

Beliau akan menghadapi 23 pertuduhan berkaitan rasuah membabitkan pembalakan di Sabah.

Difahamkan, kesemua 23 pertuduhan itu melibatkan sejumlah USD63 juta yang didepositkan ke akaun bank Singapura dan Hong Kong.

Ahlid Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga itu akan dibawa ke mahkamah dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan