Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman sambil diiringi pegawai polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir untuk menghadapi beberapa pertuduhan berhubung kes rasuah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR –  Ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, jam 1.25 petang dengan menaiki Toyota Alphard.

Beliau yang berkemeja putih lengkap berkot diiringi ketat pegawai dari Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kelihatan tenang untuk menghadapi pendakwaan atas kesalahan rasuah.

Sementara itu di Putrajaya, BERNAMA melaporkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga itu dilihat meninggalkan bangunan tersebut pada 1 tengahari, diiringi empat kenderaan pengiring dan tiga motosikal.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata Musa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2 petang ini.

Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

Terdahulu SPRM menahan Musa pada pukul 10.05 pagi tadi di ibu pejabat suruhanjaya itu. – MalaysiaGazette

Musa Aman dihadap ke mahkamah kes rasuah petang ini

SPRM sahkan Musa Aman ditahan

Tinggalkan Jawapan