Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) mengesahkan bunyi letupan disusuli dengan gegaran di beberapa kawasan di Perak khususnya Ipoh bukan berpunca daripada gempa bumi.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir yang dijangka berlaku esok di daerah Hulu Terengganu dan Setiu.

Situasi itu dijangka berlaku ekoran peningkatan paras air sungai di daerah tersebut bermula 10 malam esok selepas ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) yang menjangkakan hujan akan berterusan di negeri ini sehingga 7 November ini.

Menurut kenyataan itu lagi di daerah Hulu Terengganu, sungai yang dijangka mengalami peningkatan paras air ialah Sungai Telemong dan Sungai Nerus di daerah Setiu.

Susulan itu penduduk di kawasan sekitar kawasan sungai diminta berwaspada dan sentiasa berhubung dengan pusat kawalan operasi banjir yang berhampiran.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, JMM turut memaklumkan sehingga pukul 3 petang tadi beberapa buah sungai di daerah Setiu sudah mencapai paras bahaya, waspada dan amaran berikutan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.

Sungai yang berada di paras bahaya ialah Sungai Chalok, manakala Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Setiu di Kampung Bukit berada di paras waspada dan Sungai Nerus di Kampung Langkap berada di paras amaran.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan di laman web publicinfobanjir.water.gov.my, atau layari facebook PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanj – Bernama