LABUAN – Seorang pemancing rakyat tempat yang dilaporkan hilang tiga hari lepas ditemui mati hari ini.

Mayatnya ditemukan terapung 50 meter dari jeti LKIM Kiansam oleh kakitangan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia dan anggota Rela pada kira-kira jam 6 pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Labuan, Kapten Maritime Che Adnan Md Isa yang mengesahkan penemuan itu, berkata mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Mangsa dikenal pasti sebagai Maddin Simion, 51, seorang peniaga pasar malam telah keluar memancing pada 3 Nov kira-kira jam 6 pagi sekitar Pulau Burung, dan dilaporkan hilang pada pukul 7.40 pagi pada hari yang sama.-BERNAMA

Tinggalkan Jawapan