Khashoggi
Jamal Khashoggi dilihat memasuki bangunan konsulat pada 2 Oktober lalu dan tidak keluar dari premis berkenaan. foto BBC

ANKARA – Media yang rapat dengan kerajaan Turki mendakwa pasukan dari Arab Saudi yang dihantar bagi membantu siasatan Turki berhubung pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi berusaha menghapuskan bukti pembunuhan itu.

Akhbar Sabah memetik ‘sumber yang boleh dipercayai’ berkata, sepasukan 11 anggota siasatan Arab Saudi tiba di Turki sembilan hari selepas Khashoggi dibunuh, termasuk pakar kimia dan pakar toksik, lapor AP.

Pada Sabtu lalu, akhbar itu melaporkan mayat Khashoggi, yang masih belum ditemui, telah dikerat-kerat dan dibawa keluar konsulat Arab Saudi dalam lima buah beg.

Sementara itu, anak lelaki Khashoggi merayu agar mayat bapanya dipulangkan bagi membolehkannya dikebumikan di Arab Saudi.

Dalam temu bual dengan CNN semalam, beliau berharap bapanya tidak menderita ketika dibunuh. – Agensi