Surat larangan berpantun dalam skrip juruacara majlis-majlis rasmi ketenteraan.

KUALA LUMPUR – Hari ini tular surat pekeliling yang bertajuk Larangan Penggunaan Pantun Di Dalam Skrip JuruacaraMajlis Rasmi Kententeraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Surat tersebut yang ditandatangan oleh Lt. Jen TUDM, Dato’ Kamalruzaman Mohd Othman bagi pihak Panglima Angkatan Tentera memutuskan tiada lagi penggunaan pantun dalam skrip juruacara bagi setiap majlis rasmi ketenteraan.

Menurut isi kandungan surat itu, arahan terbaharu itu diputuskan hasil perbincangan pihak-pihak yang berkenaan dengan Panglima Angkatan Tentera.

Tan Sri Rais Yatim yang sememangnya amat prihatin dengan bahasa dan budaya mengulas mengenai arahan tersebut.

Menulis di laman Twitter, Rais yang melahirkan rasa kesalnya berkata, takkanlah Melayu sudah begitu daif budaya sendiri sehinggakan hendak berpantun pun dihalang.

“Kini tentera tak dibenarkan guna pantun dlm skrip. Dewan Bahasa mu buat apo??? Sasterawan2 negara, pejuang2 bahasa…tunggu apa lagi?” kata Rais.

Pandangan Rais turut dipersetujui oleh netizen yang memberi ulasan mereka.

reac pantun

Bagaimanapun ada juga yang bersetuju dengan keputusan Angkatan Tentera Malaysia itu.

reac 2

Ulasan Rais di laman Twitter itu sehingga pukul 12.30 tengah malam mendapat 69 ulasan, 606 retweet dan 438 like. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan