Arkib
Gambar arkib: Rumah FundMyHome pada program FundMyHome di Eco World Gallery @ Eco Majestic, Semenyih, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 04 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menyemak butiran struktur cadangan Rangka Kerja Pendanaan Ramai (crowdfunding) Hartanah bagi Menyokong Langkah Pemilikan Rumah untuk memudahcara pewujudan platform tersebut.

Katanya, pengendali platform dikehendaki berdaftar dengan SC dan memenuhi syarat-syarat kelayakan, ketelusan dan kewangan bagi memastikan tadbir urus yang wajar bagi skim pembiayaan pemilikan rumah alternatif itu.

“SC menyokong idea-idea inovatif yang memanfaatkan kemampuan transformasi teknologi untuk mendemokrasikan pelaburan, yang memberi lebih banyak pilihan bagi pembiayaan kepada rakyat Malaysia untuk membeli rumah pertama mereka dan meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi mereka.

“Rangka kerja ini akan mengimbangi penggalakan inovasi dengan memastikan keselamatan yang sewajarnya untuk melindungi integriti skim tersebut dan kepentingan pelabur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rangka kerja pendanaan ramai hartanah tersebut dijangka berkuatkuasa pada suku tahun pertama 2019.

Sebagai sebahagian daripada proses, SC akan melibatkan pihak berkepentingan yang berkaitan melalui rundingan industri. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan