Muhammad Safawi Rasid menjadi pilihan ramai merebut Pemain Paling Bernilai pada ABK2018.

KUALA LUMPUR – Debaran Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 (ABK2018) bakal terjawab apabila akan berlangsung malam ini bagi menentukan siapa yang bakal menjulang trofi dalam 25 kategori.

Kali ini, ABK2018 lebih menarik kerana menyaksikan kategori baharu iaitu Pemain Asean Terbaik.

Dan seperti biasa, peminat bola sepak ingin mengetahui siapa yang akan membawa pulang gelaran Pemain Paling Bernilai selain perebutan trofi Jurulatih Terbaik selepas Mehmet Durakovic berjaya membawa Perak menjulang kejuaraan Piala Malaysia selepas 18 tahun, minggu lalu.

Tahun lalu, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengungguli ABK apabila Baddrol Bakhtiar dinobatkan Pemain Paling Bernilai serta Penjaring Terbanyak Liga Super (pemain tempatan).

Selain itu, Ifwat Akmal Chek Kassim turut dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik.

anakala Pemain Import Terbaik Liridon Krasniqi juga dari Kedah dipilih membawa balik trofi itu serta satu lagi kemenangan iaitu Anugerah Penyokong Terbaik.

Namun, tahun ini persaingan dilihat lebih sengit dalam semua katergori apabila senarai calon yang disenarai pendek bukan calang-calang pemain.

Sebanyak sembilan kategori perlu melalui proses saringan oleh Jawatankuasa Saringan ABK2018 dan undian dilaksanakan oleh 23 ketua jurulatih, 23 ketua pasukan dan 23 wakil media.

Kesemua kategori dan pencalonan berkenaan telah diteliti dan disenarai pendek kepada 10 calon untuk setiap kategori Jawatankuasa Saringan ABK2018.

Mereka terdiri daripada enam ahli panel termasuk Datuk Ong Kim Swee (Ketua Jurulatih B-23), Izham Ismail (Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia) dan Razip Ismail (wakil Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia).

Turut terlibat, Ajitpal Singh (Exco Persatuan Penulis Sukan Malaysia), Abu Bakar Atan (wakil penyiar rasmi Liga Malaysia) dan Dez Crokhill (Ketua Pengarah kandungan, Produksi MFL).

Senarai penuh calon-calon akhir setiap kategori:

PENJAGA GOL TERBAIK
• Farizal Marlias (Johor Darul Ta’zim)
• Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak)
• Khairul Fahmi Che Mat (Melaka)
 

PERTAHANAN TERBAIK

• Matthew Davies (Pahang)
• S. Kunanlan (Johor Darul Ta’zim)
• Shahrul Saad (Perak)

PEMAIN TENGAH TERBAIK

• Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan)
• Nor Azam Abdul Azih (Pahang)
• Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim)

PENYERANG TERBAIK
• Ahmad Hazwan Bakri (Johor Darul Ta’zim)
• Akhyar Abdul Rashid (Kedah)
• Shahrel Fikri Fauzi (PKNP FC)

JURULATIH TERBAIK
• B. Sathiananthan (Felda United FC)
• Dollah Salleh (Pahang)
• Mehmed Durakovic (Perak)

PEMAIN IMPORT TERBAIK
• Gonzalo Cabrera (Johor Darul Ta’zim)
• Lee Tuck (Terengganu)
• Rufino Segovia (Selangor)

PEMAIN ASEAN TERBAIK
• Faris Ramli (PKNS FC)
• Hariss Harun (Johor Darul Ta’zim)
• Safuwan Baharudin (Pahang)

PEMAIN MUDA HARAPAN
• Akhyar Abdul Rashid (Kedah)
• Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan)
• Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim)

PENYOKONG TERBAIK
• Johor Darul Ta’zim
• Kedah
• Pahang

MEDIA SOSIAL TERBAIK
• Johor Darul Ta’zim
• Selangor
• Terengganu FC

LAMAN WEB TERBAIK
• Johor Darul Ta’zim
• Selangor
• Terengganu FC

  • MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan