Subkhidin Mohd Salleh
Subkhidin Mohd Salleh

KUALA LUMUR – Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhidin Mohd Salleh hari ini mengumumkan peletakan jawatannya di dalam persatuan itu.

Malah, beliau turut melepaskan jawatan pengerusi jawatankuasa Pengadil badan induk FAM.

Katanya, keputusan tersebut dibuat selepas belkau menerima pelbagai kritikan ekoran mutu pengadilan pada aksi final Piala Malaysia pada 27 Oktober lepas.

Malah beliau berkata, ahli keluarganya turut menerima kecamana daripada pelbagai pihak mengenai pemilihan Suresh Jayaraman sebagai pengadil pada perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun, ketika pengumuman itu dibuat beliau masih lagi belum menyerahkan surat peletakan jawatannya itu.

Pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini Perak muncul juara selepas menewaskan Terengganu 4-1 menerusi tendangan penalti pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Shah Alam. – MalaysiaGazette