muzium
Teratak Za'ba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampong Bukit Kerdas, Negeri Sembilan. foto IQBAL BASRI

KUALA PILAH – Orang ramai dipelawa untuk datang ke Teratak Zaaba di sini bagi melihat sendiri koleksi tokoh tersohor dalam bidang penulisan yang telah banyak berjasa kepada negara.

Allahyarham Zaaba atau nama sebenarnya Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad turut dikenali sebagai Pendeta Zaaba merupakan penulis yang banyak memberi sumbangan menerusi tatabahasa dalam penulisan.

Pembantu Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Mawar Malinda Zakaria berkata, banyak perkara boleh diketahui dengan berkunjung di teratak tersebut dan ia sangat sesuai untuk perkembangan pembelajaran pelajar peringkat rendah dan menengah.

Katanya, sejak dibuka pada tahun 2001, muzium yang dibina atas tanah Allahyarham Zaaba itu menerima kunjungan yang sangat memberangsangkan pada setiap hari.

WhatsApp Image 2018-10-22 at 1.01.16 PM
Mawar Malinda Zakaria

“Di dalam muzium ini terdapat koleksi-koleksi milik Zaaba dan ada juga koleksi yang diambil sezaman dengannya.

“Setiap minggu memang ada sahaja pengunjung dari dalam dan luar negara dan kunjungan itu tidak pernah putus. Untuk seminggu kita terima lebih 700 orang pengunjung,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri sememangnya berhasrat untuk mengetengahkan kepada umum tentang muzium tersebut sebagai usaha untuk memupuk minat dalam kalangan masyarakat terhadap sejarah.

Katanya lagi, pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran masuk dan muzium itu dibuka setiap hari kecuali pada hari-hari perayaan.

Ujarnya, muzium dibuka seawal jam 9 pagi dan ditutup pada pukul 5 petang. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan