TERKINI : Tun M Bimbang PH Tak Mampu Tunai Janji

24
0

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mampu menunaikan janji yang telah dibuat semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau yang mengakui perkara itu berkata, kerisauannya itu adalah terhadap soal penyediaan rumah mampu milik kepada rakyat.

Katanya, PH pernah berjanji untuk membina sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun jika berjaya memerintah negara dan komited untuk menunaikannya.