Wan Saiful Wan Jan.
Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Wan Saiful Wan Jan melepaskan jawatannya sebagai penasihat khas kepada Dr Maszlee Malik,

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meletakkan jawatan itu pada minggu lepas.

Beliau menafikan wujudkan pertikaian antaranya dengan Maszlee.

“Saya tidak ada masalah bekerja dengan Maszlee kerana bukan sukar pun bekerja dengan beliau. Beliau seorang yang mudah dan mahu melihat hasil kerja.

“Tetapi saya perlu adil kepada PTPTN yang memerlukan tumpuan, lebih-lebih lagi selepas pembentangan Belanjawan 2019. Banyak reformasi yang perlu dilakukan,” katanya yang akan mengakhiri perkhidmatannya dengan Menteri Pendidikan itu pada 30 November ini.

Ketua Parti Peribumi Bersatu Malaysia Perlis itu menambah, beliau sudah berbincang dengan Maszlee untuk melepaskan jawatan tersebut sejak dua bulan lalu.

Malah, peletakan jawatan itu turut mendapat persetujuan Maszlee.

Meskipun akan meninggal jawatan itu, Wan Saiful berkata, Maszlee mempunyai kumpulan yang mencukupi bagi membantunya. – MalaysiaGazette