KUALA LUMPUR – Dua kawasan lembangan Sungai di Terengganu dijangka dinaiki air hingga menyebabkan banjir, bermula hari ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi kenyataan berkata, dua kawasan itu ialah 49 kampung di Setiu dan beberapa kampung lagi di Hulu Terengganu.

Menurut kenyataan itu, amaran kepada penduduk di dua kawasan berkenaan juga sudah dikeluarkan dan kesemua yang akan terlibat diminta supaya berwaspada.

Jelas kenyataan itu lagi, 28 kampung di sepanjang Sungai Telemong, Hulu Terengganu dan 21 kampung di sepanjang Sungai Nerus dijangka mula dilanda banjir bermula jam 10 malam ini.

Di Hulu Terengganu ia membabitkan Kampung Pengkalan Ajal, Kampung Nibung, Kampung Paluh Nyior, Kampung Bukit Tanduk dan Kampung Paya Besar.

Turut dijangka terjejas ialah Kampung Jak, Kampung Matang, Kampung Menerong, Kampung Batu 24, Kampung Kepah, Kampung Pasir Dula, Kampung Teris, Basung, Kampung Tengkawang, Kampung Kuala Ping, Kampung Tapah, Kampung Temala, Kampung Tok Lawit dan KM11 Jalan Sekayu.

Bukit Balik Hidung, Kampung Pasir Pelata, Kampung Kua, Kampung Padang Stor, Kampung Bukit Perah, Kampung Lubuk Periuk, Kampung Langgar Hilir, Kampung Langgar Hulu, Kampung Baung dan Kampung Bukit Gemuruh.

Selain itu, di Setiu kawasan dijangka terjejas ialah Kampung Permaisuri, Kampung Buluh, Kampung Tasik, Kampung Nyatoh, Kampung Langkap, Kampung Che Long, Kampung Ulu Seladang, Kampung Pengkalan Merbau, Kampung Chalok, Kampung Sungai Tong.

Kampung Bukit, Kampung Telaga Putat, Kampung Laut, Pulau Gemia dan Kampung Kubang Kesing, Kampung Gong Terap, Kampung Guntong, Kampung Gelugor, Kampung Merbau Menyusup dan Kampung Guntung Dalam.

Sehubungan itu penduduk diminta supaya sentiasa menghubungi pusat kawalan operasi banjir berhampiran utnuk mendapatkan maklumat.

Penduduk juga boleh mengetahui info terkini di laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PublicInfoBanjir dan twitter @JPS_InfoBanjir. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan