Gambar hiasan

TOKYO – Bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak merekodkan tahap tertinggi di Jepun dalam tempoh lebih daripada tiga dekad.

Kementerian Pendidikan Jepun berkata, bagi tahun fiskal 2016 dan sehingga Mac 2017, sebanyak 250 orang kanak dari peringkat sekolah menengah hingga sekolah tinggi telah membunuh diri.

Angka itu meningkat sebanyak lima orang berbanding tahun lalu dan tertinggi sejak tahun 1986.

Punca bunuh diri disebabkan masalah keluarga, bimbang tentang masa depan dan buli.

Tetapi sekolah berkata, punca bunuh diri dalam 140 kes tidak diketahui kerana penuntut tidak meninggalkan nota.

Laporan Pejabat Kabinet Jepun pada 2015 yang melihat data bunuh diri dari tahun 1972 hingga 2013 mendapati kebanyakan kes itu berlaku semasa sesi tahunan persekolahan bermula pada 1 September.

Jepun merekodkan kadar kes bunuh diri tertinggi pada tahun 2015 tetapi usaha yang dilaksanakan negara itu menyaksikan penurunan kes, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Japan had one of the highest suicide rates in 2015 but since preventative measures were introduced, the figures have dropped, according to World Health Organization.

Jumlah keseluruhan bunuh diri di Jepun susut kepada 21,000 pada tahun lalu berbanding 34,500 pada tahun 2003.

“Kes bunuh diri dalam kalangan penuntut masih lagi tinggi – menjadikan ia kes kematian tertinggi dalam kalangan orang muda di Jepun,” kata Kementerian Pendidikan Jepun. – MalaysiaGazette