Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak layak untuk menjadi perdana menteri jika mengabaikan agenda untuk orang Melayu dan agama Islam.
Anwar Ibrahim

SINGAPURA – Goldman Sachs Group Inc tidak boleh dimaafkan jika ia benar-benar terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd, yang disifatnya sebagai kegagalan tadbir urus oleh institusi kewangan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat perbincangan untuk mendapatkan wang yang terhilang daripada institusi kewangan termasuk Goldman.

Beliau berkata demikian dalam temubual dengan Bloomberg di Forum Ekonomi Baharu di Singapura.

Goldman sedang disiasat kerana peranannya dalam memperoleh dana melalui terbitan bon sejumlah AS$6.5 bilion untuk 1MDB dan mendapat hampir AS$ 600 juta yuran dan komisien yang diperolehi daripada bon tersebut.

“Mereka mesti faham penglibatan keterlaluan dan jenayah, ia tidak dapat dimaafkan dan prosesnya menyebabkan negara dan rakyatnya menderita.

“Kita mesti mendapatkan semula setiap sen yang telah dibawa keluar dari negara sama ada melalui pemimpin atau yang terlibat dalam kes ini.

“Kita perlu melalui proses yang wajar, tetapi jika mereka bersedia untuk berunding, mereka perlu mengembalikan kira-kira AS$600 juta dari yuran dan komisen,” kata Anwar dalam menjawab soalan sama ada beliau merancang untuk bertemu dengan eksekutif Goldman yang turut menghadiri forum tersebut.

Beliau todak berhasrat untuk bertemu dengan wakil Goldman pada forum anjuran Bloomberg Media Group.

Dalam pertuduhan pertama oleh pendakwa raya Amerika Syarikat, tiga bekas eksekutif Goldman didakwa terlibat penjualan bon yang berkaitan dengan sogokan dan pengubahan wang haram.

Goldman sebelum ini mengatakan ia percaya bahawa wang yang dibelanjakan untuk 1MDB akan digunakan untuk projek-projek pembangunan, dan yuran dan komisen “mencerminkan risiko taja jamin” yang diandaikan. – MalaysiaGazette