Mahathir Mohamad
Dr. Mahathir Mohamad

TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini (Selasa) dianugerahi “Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers” daripada Maharaja Akihito dari Jepun.

Penganugerah yang tertinggi dari Jepun itu diberi berdasarkan sumbangan besar Perdana Menteri dalam usahanya mengukuhkan hubungan dua hala.

Majlis penganugerahan itu berlangsung di Imperial Palace di sini pukul 9.45 pagi waktu tempatan (8.45 pagi waktu Malaysia).

Anugerah itu adalah pemberian tertinggi yang diberi kepada pemimpin luar bagi sumbangan terhadap huungan dua hala antara negara-negara berkenaan dengan Jepun di samping sumbangan mereka kepada rantau ini.

Dr Mahathir adalah pemimpin ketiga dari Asia yang menerima anugerah berprestij ini selepas bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew dan bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh.

Beliau kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Jepun sejak Isnin. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan