Penipuan Sugar Mummy berleluasa dengan menjerat lelaki yang mahu hidup senang sehingga sanggup menjadi 'anak ikan'.
Penipuan Sugar Mummy berleluasa dengan menjerat lelaki yang mahu hidup senang sehingga sanggup menjadi 'anak ikan'.

KUALA LUMPUR – Penipuan Sugar Mummy berleluasa dengan menjerat lelaki yang mahu hidup senang sehingga sanggup menjadi ‘anak ikan’.

Sindiket itu dikatakan bersedia mencari sugar mummy pelbagai kaum termasuk Melayu, India dan Cina berumur antara 30 hingga 55 tahun untuk lelaki yang sanggup melayan nafsu dan kerenah wanita tersebut.

Sindiket itu malahan bersedia menyediakan kumpulan sugar mummy untuk dipilih.

Namun begitu, perkhidmatan itu tidak datang secara percuma, lelaki yang mahu memilih sugar mummy dan hidup senang perlu membayar yuran ejen sebanyak RM2,000.

China Press melaporkan, selepas menjelaskan RM2,000 seperti yang diminta, ejen yang dihubungi akan menghilangkan diri.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, walaupun polis belum menerima apa-apa aduan, tetapi siasatan akan dilakukan kerana penipuan itu juga membabitkan penawaran perkhidmatan seks secara dalam talian.

Menurutnya, siasatan dalam aspek penipuan pula biasanya dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan