David Solomon. Foto Business Insider

SINGAPURA – Ketua Eksekutif Goldman Sachs sangat sedih apabila dua bekas kakitangan firma itu secara terang-terangan melanggar undang-undang dalam urusan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pendakwa Amerika Syarikat telah memfailkan tuduhan jenayah terhadap dua bekas bank Goldman dan ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho kerana melakukan kecurian berbilion ringgit milik syarikat itu.

“Adalah sangat menyedihkan apabila dua bekas pekerja Goldman Sachs terang-terangan melanggar undang-undang,

“Saya rasa sangat teruk mengenai hakikat bahawa orang yang bekerja di Goldman Sachs – tidak kira sama ada rakan kongsi atau pekerja peringkat kakitangan – akan melanggar dasar dan memecahkan undang-undang,” kata David Solomon dalam wawancara bersama Bloomberg TV di sini. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan