Thursday, March 28, 2024
Home Ekonomi Farm Fresh sasar 500 wakil jualan

Farm Fresh sasar 500 wakil jualan

Azmi Zainal (depan dua dari kanan) bersama sebahagian wakil jalan Farm Fresh.

KUALA LUMPUR – Farm Fresh Milk Sdn. Bhd. (Farm Fresh) yang dapat meningkatkan jumlah wakil jualannya atau lebih dikenali sebagai home dealer kepada 500 orang pada tahun depan berbanding seramai 364 orang pada masa ini.

Ketua Pengarah Operasinya, Azmi Zainal berkata, ketika ini jumlah wakil jualannya berjumlah 364 sejak konsep itu diperkenalkan pada penghujung 2015.

Jelas beliau, peningkatan jumlah wakil jualan secara berperingkat-peringkat ini merupakan kejayaan syarikat melalui Program Pembangunan Usahawan Mikro Penua Home Dealer yang dibangunkannya.

“Kami komited untyk membimbing wakil jualan mengenai aspek pemasaran produk dan semua transaksi hanya melibatkan wang tunai bagi membolehkan mereka berdisiplin dalam bidang perniagaan.

“Kejayaan kami melatih kumpulan usahawan ini terbukti selepas melihat perubahan gaya hidup mereka yang dahulunya bermula daripada peringkat asas.

“Namun kini mereka telah memiliki peti sejuk untuk simpanan stok produk dan kenderaan, malah mereka bijak mengatur strategi pemasaran untuk menjual produk Farm Fresh kepada umum serta di sekolah-sekolah.

“Lebih membanggakan, mereka berjaya menjana pendapatan antara RM1,000 hingga RM3,000 seorang sebulan mengikut daya usaha masing-masing,” katanya selepas Forum Khazanah Megatrends 2018 di sini baru-baru ini.

Azmi menambah, sumbangan perolehan jualan daripada wakil jualannya kini ialah sekitar 18 peratus dan angka ini bakal me­ningkat seiring dengan pertambahan jumlah usahawan yang terlibat untuk mengedarkan produk minuman Farm Fresh kepada pelanggan.

Beliau memberitahu, rangkaian pemasaran lain menerusi pasar raya dan pasar raya besar yang mewakili kira-kira 60 peratus manakala baki 20 peratus lagi melalui penjualan di hotel, kafe dan restoran.

Menurut beliau, kira-kira 80 peratus daripada kumpulan wakil jualannya terdiri daripada wanita dan hampir 50 peratus daripada mereka merupakan peniaga separuh masa. – MalaysiaGazette