Kaum wanita dan kanak-kanak Rohingya dalam sebuah bot yang digunakan untuk melarikan diri ke Bangladesh pada tahun lalu. foto Agensi

GENEVA – Penyelidik hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Myanmar mendesak Bangladesh menggugurkan rancangan untuk memulakan penghantaran pulang ratusan ribu pelarian Rohingya ke Rakhine bulan ini.

Rohingya, RRo

Lebih 700,000 pelarian Rohingya berada di Bangladesh selepas serangan pemberontak Rohingya terhadap pasukan keselamatan Myanmar pada Ogos 2017.

Kejadian itu mencetuskan tindakan keras tentera terhadap komuniti Rohingya.

Kedua-dua negara bersetuju pada 30 Oktober untuk membawa balik penduduk Rohingya ke Myanmar pada pertengahan November.

Yanghee Lee, pelapor khas PBB mengenai hak asasi manusia di Myanmar, dalam satu kenyataan berkata, beliau telah menerima maklumat yang boleh dipercayai daripada pelarian di Cox’s Bazar bahawa “mereka sangat takut akan nama mereka berada dalam senarai yang akan dihantar pulang.

Keadaan itu telah menyebabkan kesulitan dan penderitaan kepada pelarian.

Malah, Lee berkata, masih belum ada bukti kerajaan Myanmar mewujudkan persekitaran selamat dan hak Rohingya dijamin.

“Ia gagal memberi jaminan bahawa mereka tidak akan mengalami penganiayaan yang sama dan keganasan yang dahsyat sekali lagi,” kata Lee.

Tegasnya, penyebab utama krisis itu perlu ditangani terlebih dahulu, termasuk hak untuk kewarganegaraan dan kebebasan bergerak. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan