TERKINI : Bekas Suami Liat Bayar Nafkah Bakal Kena Tindakan – Mujahid

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mempertimbangkan untuk memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap suami yang gagal membayar nafkah kepada bekas isteri mereka.

Menurut beliau, ia adalah sebahagian daripada fokus kerajaan kepada membela wanita-wanita yang dinafikan hak mereka oleh bekas suami.

“Perkara ini telah dibincangkan diperingkat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) malah dibincangkan diperingkat kementerian dan saya harap penguatkuasaan itu akan dipertingkatkan yang melibatkan isu-isu sekatan bank.

“Kita perlukan sedikit penguatkuasaan atas suami-suami yang liat membayar nafkah untuk isteri-isteri,” katanya kepada media selepas selepas menghadiri sesi Town Hall Maqasid berjudul “Tadbir Urus Maqasid Syariah” di Putrajaya.

Buat masa ini, wanita yang diceraikan dan gagal mendapatkan nafkah boleh membuat tuntutan keatas bekas suami di Mahkamah Syariah.