Datuk Rashid Din
Rashid Din

KUALA LUMPUR – Tiga cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah akan melakukan semula undian bagi pemilihan parti itu minggu ini.

Cabang-cabang itu ialah di Tawau dan Keningau yang akan mengundi semula pada 10 November ini dan Pensiangan pada 11 November.

Pengundian semula terpaksa dilakukan disebabkan berlaku gangguan di tiga-tiga cabang itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Rashid Din.

Tawau dan Keningau yang mengadakan pengundian pada Sabtu lalu terpaksa dibatalkan selepas berlaku pertikaian antara penyokong Datuk Seri Mohamed Azmin dan Rafizi Ramli yang bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Manakala pengundian semula di Persiangan kerana jumlah pengundi yang besar

Azmin berada di depan dalam keputusan 22 daripada 25 cabang di Sabah dengan majoriti 1,611 undi. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan