Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Alibaba Cloud, cabang pengkomputeran awan Alibaba Group akan bekerjasama membentuk masa depan profesion perakaunan dalam era transformasi digital.
Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Alibaba Cloud, cabang pengkomputeran awan Alibaba Group akan bekerjasama membentuk masa depan profesion perakaunan dalam era transformasi digital.

KUALA LUMPUR – Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Alibaba Cloud, cabang pengkomputeran awan Alibaba Group akan bekerjasama membentuk masa depan profesion perakaunan dalam era transformasi digital.

Ketua Eksekutif ACCA Helen Brand berkata dua organisasi itu memeterai perjanjian eksklusif pada Ekspo Import Antarabangsa China 2018 pertama di Shanghai yang menumpukan kepada menghasilkan penyelidikan bersama serta membangunkan kursus penyelidikan kepada ahli ACCA mengenai inovasi digital dan pandangan profesional.

“Membangunkan ‘darjah digital’ profesion perakaunan seperti kesedaran dan penggunaan teknologi digital sedia ada dan baharu, kebolehan, amalan dan strategi adalah suatu yang perlu dan perjanjian ini adalah untuk memperkukuh darjah tersebut,” katanya.

Naib Presiden Kumpulan Alibaba Liu Song berkata kedua-dua syarikat komited untuk melatih profesional yang memandang ke masa depan dan perjanjian itu akan berperanan memastikan profesion tersebut bersedia untuk berdepan pertumbuhan perniagaan digital.

– BERNAMA