Kelihatan beberapa orang duduk akibat keletihan menunggu giliran untuk membuat semakan dan bayaran saman yang diberikan diskaun sehingga 50 peratus sempena Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Diskaun 50 peratus saman trafik yang bermula semalam sehingga esok nampaknya mendapat sambutan hangat dalam kalangan pesalah-pesalah trafik.

MGF08112018_HUMAN INTEREST BAYAR SAMAN06
Orang ramai beratur panjang bagi membuat semakan dan bayaran saman dengan diskaun sehingga 50 peratus sempena Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 NOVEMBER 2018

Mereka sanggup datang seawal pagi untuk mengelak beratur panjang bagi proses menyemak dan membayar saman.

MGF08112018_HUMAN INTEREST BAYAR SAMAN09
Panas terik tidak menghalang orang ramai untuk beratur panjang bagi membuat semakan dan bayaran saman yang diberikan diskaun sehingga 50 peratus sempena Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 NOVEMBER 2018

Bagi yang sibuk atau terpaksa mencuri-curi masa untuk melunaskan saman-saman tertunggak tentunya tempoh tiga hari sempena Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ini sememangnya ditunggu-tunggu.

MGF08112018_HUMAN INTEREST BAYAR SAMAN14
Suasana Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 NOVEMBER 2018

Sama ada lapang atau pun sibuk, peluang untuk menikmati potongan 50 peratus tentunya tidak akan dilepaskan terutamanya kepada mereka yang mempunyai saman tertunggak yang banyak.

MGF08112018_HUMAN INTEREST BAYAR SAMAN07
Orang ramai sabar menunggu giliran masing-masing untuk mendapatkan diskaun sehingga 50 peratus sempena Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 NOVEMBER 2018

Tinjauan MalaysiaGazette di Balai Polis Trafik di Jalan Tun H. S Lee di sini mendapati orang ramai beratur panjang terutamanya menjelang kaunter bayar saman ditutup iaitu pada pukul 4.30 petang.

MGF08112018_HUMAN INTEREST BAYAR SAMAN12
Sediakan payung sebelum hujan atau pun bagi melindungi panas, begitulah suasana Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 NOVEMBER 2018

Kelihatan payung-payung disediakan bagi membolehkan urusan semak dan bayar dijalankan sepanjang tiga hari tempoh diskaun 50 peratus berlangsung.

Orang ramai sabar beratur walapun terpaksa menunggu lama malah ada yang duduk bersila di atas lantai menunggu giliran masing-masing.

MGF08112018_HUMAN INTEREST BAYAR SAMAN16
Orang ramai gigih berdiri dan beratur untuk menikmati diskaun sehingga 50 peratus sempena Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 NOVEMBER 2018

Cuaca panas terik juga tidak mematahkan semangat pesalah-pesalah trafik untuk melunaskan saman masing-masing

Orang ramai yang ingin menikmati 50 peratus diskaun boleh juga membuat pembayaran di TM Point Bukit Raja, Jalan Meru, Klang sehingga esok.

Bagaimanapun diskaun 50 peratus tidak terpakai bagi kategori berikut:

1. Saman Kemalangan Tahun Semasa
2. Saman Berstatus NC
3. Saman Berstatus Waran Tahun Semasa
4. Saman Dalam Perbicaraan
5. Saman Berkaitan Lori 

— MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan