KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya memulakan kempen Kejuaraan Piala  Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 dengan langkah kanan selepas menewaskan Kemboja 1-0 pada aksi sulung Kumpulan A di Stadium Olimpik, Phnom Penh, malam ini.

Beraksi di hadapan kira-kira 30,000 penyokong tuan rumah, barisan anak buah Tan Cheng Hoe sedikit bergelut untuk mendapatkan rentak permainan di awal perlawanan dengan menyaksikan pasukan bimbingan Felix Agustin Gonzalez Dalmas lebih menguasai bola.

Namun, selepas 20 minit perlawanan, barisan serangan negara mula mengasak kubu Kemboja menerusi rembatan Muhammad Safawi Rasid dari dalam kotak penalti yang terkena tiang sebelah kanan gawang pasukan tuan rumah.- BERNAMA