P. Waytha Moorthy
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P. Waytha Moorthy bercakap kepada media pada Pelancaran Buku Pembangunan Kontemporari Orang Asli di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 08 NOVEMBER 2018

SERDANGĀ – Cadangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dijangka dibincang oleh jemaah menteri dalam mesyuarat Kabinet, di Putrajaya, esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagaian Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial, Senator P. Waytha Moorthy berkata, cadangan berkenaan perlu diperhalusi sebelum ia ditandatangani.

“Saya tiada sebarang maklumat (bawa isu ICERD) ke Kabinet, cuma saya percaya ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

“Kita kena tunggu keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Esok pun ada mesyuarat Kabinet mungkin ia akan dibincangkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Forum dan Pelancaran Buku Pembangunan Kontemporari Orang Asli di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

P. Waytha Moorthy
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P. Waytha Moorthy menandatangani sebagai gimik Pelancaran Buku Pembangunan Kontemporari Orang Asli sambil diiringi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Dr. Mohd Roslan Sulaiman (dua kanan) dan penulis buku, Prof. Dr. Sarjit S. Gill (kiri) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 08 NOVEMBER 2018

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin yang mengesahkan Kabinet masih tidak membincangkan ICERD secara terperinci.

Wan Azizah memberi jaminan Jemaah Menteri akan membincangkan perkara berkenaan sebelum usaha meratifikasi ICERD ditandatangani Malaysia.

Waytha Moorthy juga mengakui beliau sendiri belum mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan di negara sebagai memenuhi saranan Perdana Menteri sebelum ini.

“Belum lagi, sebagaimana saya kata dulu bahawa kita akan berhubung dengan semua pihak di suku pertama tahun depan, tapi bukan akan dilaksanakan.

“Ia telah silap dan salah dinyatakan menyebabkan ada pihak yang khuatir mereka akan dihubungkan sebelum apa-apa keputusan dibuat

“Semuanya akan bergantung kepada hubungan awam (public engangement) dan juga keputusan akhir adalah kepada Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata, ratifikasi ICERD juga melibatkan semua pihak dan kaum di negara ini tanpa satu pun terkecuali.

“Ianya melibatkan semua pihak dan kaum di negara kita,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Kerajaan jamin Ratifikasi ICERD tidak jejaskan Perkara 153

Ratifikasi ICERD: Pihak tak bertanggungjawab cuba cetus kebencian

Ratifikasi ICERD beri implikasi besar hak bumiputera

Tidak mudah untuk Malaysia tandatangani ICERD – Dr. Mahathir