Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz (kiri) melihat Not Emas Harapan sambil diiringi Pengerusi Eksekutif Poh Kong, Datuk Choon Yee Seiong (kanan) pada Majlis Pelancaran Not Emas Harapan hasil inisiatif Poh Kong di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 08 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Bekas veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Hasrat itu dikatakan sudah disampaikan kepada Pengerusi BERSATU, Tun Dr. Mahathir Mohamad menurut portal MalaysiaOneNews hari ini.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu sudah menyampaikan hasrat itu kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebelum itu, Rafidah turut hadir majlis pelancaran koleksi wang kertas emas di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya bersama Perdana Menteri petang tadi.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan