Datin Seri Rosmah Mansor
Rosmah Mansor

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tetapkan 6 Dis untuk sebutan semula kes Datin Seri Rosmah Mansor atas 17 tuduhan libatkan diri dalam pengubahan wang haram dan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pihak pembelaan yang mewakili Rosmah telah menerima 600 muka surat dokumen berkaitan kes dari pihak pendakwaan.

Pihak pembelaan akan membuat permohonan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi. – Bernama

Tinggalkan Jawapan