Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah berkata, walaupun MRSM menawarkan pendidikan berkualiti, tetapi ramai pelajar bukan bumiputera tidak sedar bahawa kuota sebanyak 10 peratus telah diperuntukkan kepada kaum bukan bumiputera sejak 2002.
Sivarasa Rasiah
KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar mahu memenuhkan kuota Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang diperuntukkan kepada pelajar bukan bumiputera sebelum mempertimbangkan rancangan pembinaan maktab baharu, pertambahan peruntukan atau peningkatan kuota.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah berkata, walaupun MRSM menawarkan pendidikan berkualiti, tetapi ramai pelajar bukan bumiputera tidak sedar bahawa kuota sebanyak 10 peratus telah diperuntukkan kepada kaum bukan bumiputera sejak 2002.

Katanya, terdapat. 37,000 pelajar menutut di 54 MRSM seluruh negara dan hanya 285 orang merupakan pelajar bukan bumiputera berbanding 370 tempat yang ada.

Menurutnya, hanya terdapat 67 pelajar keturunan Cina belajar di MRSM seluruh negara pada masa ini.

“Kami perlu bekerjasama dengan media berbahasa Cina dan Kementerian Pendidikan untuk mempromosikan MRSM.

“Kami juga mahu memperkenalkan 18 MRSM kepada pelajar bukan bumiputera,” katanya dipetik Sinchew Daily.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan supaya kuota untuk pelajar bukan bumiputera boleh dipenuhi menjelang 2020.

“Saya bersetuju dengan kenyataan menteri yang berpendapat tidak perlu menambah maktab pada masa ini.

“Kami juga akan memberi tumpuan untuk membantu pelajar luar bandar bagi belajar di MRSM dan bukannya menyasarkan pelajar cemerlang dari bandar,” katanya. – MalaysiaGazette