Imelda Marcos
Imelda Marcos

MANILA – Sebuah mahkamah di Filipina mendapati bekas wanita pertama, Imelda Marcos bersalah menerima rasuah dan mengarahkan penahanannya yang mana beliau kemungkinan merayu bagi mengelak dipenjara dan hilang kerusi Kongres.

Mahkamah khas anti rasuah Sandiganbayan menjatuhkan hukuman penjara antara enam hingga 11 tahun kepada Marcos, 89, bagi setiap kesalahan undang-undang anti rasuah apabila beliau menyeleweng kira-kira AS$200 juta ke dalam yayasan Switzerland pada 1970an.

Marcos atau wakilnya tidak hadir di mahkamah pada hari ini dan tiada sesiapa mengeluarkan sebarang kenyataan bagi pihaknya, lapor AP.

Mahkamah turut melarang Marcis daripada memegang sebarang jawatan awam namun beliau boleh kekal sebagai anggota Dewan Perwakilan ketika menunggu keputusan rayuannya.

Suami Imelda yang merupakan bekas Presiden, Ferdinand Marcos digulingkan oleh tentera yang disokong ‘kuasa rakyat’ dalam rusuhan pada 1986. Beliau meninggal dunia pada 1989. – Agensi

Tinggalkan Jawapan