Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik ketika hadir pada pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 NOVEMBER 2018
Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik ketika hadir pada pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sekali lagi mendapat perhatian ekoran pelantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin menyindir langkah menteri itu.

“Menteri Pendidikan, Maszlee Malik terus membingungkan saya dengan tindakan-tindakannya – terbaru dengan melantik bekas pengerusi PNB Abdul Wahid Omar sebagai pengerusi lembaga pengarah UKM.

“Mungkin Maszlee tidak sedar bahawa Abdul Wahid sudah digugurkan dari PNB atau dia tidak setuju dengan pengguguran itu.

“Atau Maszlee ini terlalu bijak untuk difahami manusia biasa,” kata Kadir dalam blognya hari ini.

Tempat Wahid di PNB digantikan oleh bekas pengerusi Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada 1 Julai selepas beliau meletakkan jawatan.

Pada Isnin lalu, Wahid yang juga bekas menteri era Barisan nasional dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah UKM berkuat kuasa 1 November hingga 31 Oktober.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast