Khalid Mohd Ismath
Khalid Mohd Ismath

KUALA LUMPUR – Gerakan Mahasiswa 2018 berjaya menyakinkan kabinet ‘menyingkir’ Dr. Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Itu dakwaan Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia, Khalid Ismath dalam hantaran terbaharu di media sosialnya malam ini.

“Tahniah gerakan mahasiswa 2018 kerana berjaya yakinkan kabinet Mazslee tidak sesuai sebagai Presiden UIA.

“Pemuda PSM berbangga dalam keterlibatan usaha ini bersama para aktivis mahasiswa.

Selamat jalan Dr Maszlee. Semoga terus bekerja sebagai menteri yang sihat,” ujarnya lagi.

Semasa menjawab komen, Khalid mendakwa kabinet telah memutuskan perkara itu petang tadi.

Bagaimanapun, UIAM pula menafikan dakwaan Menteri Pendidikan itu akan meletakkan jawatan dalam satu laporan hari ini.

Jurucakap Pejabat Komunikasi Korporat UIAM memberitahu, setakat ini, pihaknya tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu.- MalaysiaGazette